Wednesday, March 23, 2005

Selamat datang ke NASA!

Image hosted by Photobucket.com


Kamu baru sahaja menerima pertolongan kecemasan dari pihak NASA. Segala maklumat tentang sang suria telah hilang akibat dari kesilapan teknikal pada komputer-komputer di Pusat Angkasa NASA! Kamu telah dipilih untuk berangkat ke angkasa lepas dengan segera untuk mencari maklumat tentang sang suria. Setelah itu, kamu perlu memberikan laporan dan kajian kepada para saintis di NASA secepat mungkin!

___________________________________________________________________________________

MISI Kamu!
--------------------

Secara berpasangan, kamu akan menggunakan beberapa lelaman sawang dan maklumat yang telah dipelajari dalam kelas untuk menjawab beberapa soalan mengenai sang suria. Tugas kamu dibahagikan kepada dua seperti berikut:

a) Angkasawan

b) Jurutera Tenaga Suria

___________________________________________________________________________________

SYARAT-SYARAT yang mesti dipatuhi:
---------------------------------------------------------

1. Setiap soalan perlu dijawab dengan menggunakan peta kamu sendiri. Pastikan kamu dan pasangan mendapat maklumat yang betul untuk dicari.
2. Baca dahulu keseluruhan misi dalam lelaman ini sebelum memulakan misi kamu! Cari jawapan kamu dari senarai-senarai yang telah diberikan oleh saintis NASA sebagai panduan.
3. Ingat! Kamu perlu menyertakan 2 lukisan kegunaan tenaga suria kepada manusia.
___________________________________________________________________________________

Maklumat penting yang perlu dicari!
---------------------------------------------------------

Soalan-soalan untuk angkasawan:

1. Berapa jauhkah jarak di antara sang suria dan bumi?
2. Berapa lamakah masa yang diambil oleh suria untuk mengelilingi bumi?
3. Apakah yang akan berlaku jika kita melihat tepat ke arah suria?
4. Sistem Suria mengandungi sembilan planet utama. Namakan planet-planet tersebut.

Soalan-soalan untuk jurutera tenaga suria:

1.Apakah kegunaan sel suria?
2.Namakan 3 kegunaan tenaga suria dalam kehidupan kita.
3.Mengapakah sel suria masih belum digunakan di seluruh negara?
4.Apakah sifat tenaga suria yang tidak mungkin boleh ditandingi oleh mana-mana sumber tenaga lain? Mengapa?

Lelaman sawang untuk menolong misi kamu!
---------------------------------------------------------------

Senarai lelaman untuk angkasawan:

1. Sang Suria Bahaya!
2. Indahnya sistem suria...
3. Sang suria, bintang, planet...

Senarai lelaman untuk jurutera tenaga suria:

1. Tenaga Suria??
2. Roofus dan tenaga suria!
3. Sains dan Teknologi

--Selamat mencuba!--

___________________________________________________________________________________

Syabas! hanya setelah menerokai sang suria dan fungsinya, kamu layak digelar sebagai...
Image hosted by Photobucket.com

*Saintis Muda Suria*